Perigi Minda Utama

Saturday, 26 November 2011

Contoh kertasKerja Minggu Bahasa


SK. BANDAR TUN RAZAK (1)
CHERAS KUALA LUMPUR


MINGGU PANITIA BAHASA MELAYU
TARIKH :
31 Oktober 2011
 hingga
 4 November 2011


ANJURAN
PANITIA BAHASA MALAYSIA
SK. BANDAR TUN RAZAK (1)

KERTAS KERJA MINGGU BAHASA MELAYU
2011
1.0  PENDAHULUAN
Selaras dengan DasarPendidikan Kebangsaanyang termaktubdalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu  ialah matapelajaran teras semua sekolah rendah dan menengah. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian. Maka Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak (1) menganjurkan Minggu Bahasa Melayu 2011.

2.0  RASIONAL
Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lantaran itu, pelbagai aktiviti mampu dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya pelajar-pelajar agar lebih mahir berkomunikasi dan seterusnya melahirkan semangat cinta akan bahasa kebangsaan.

3.0  TEMA
“Bahasa Jiwa Bangsa”

4.0  MATLAMAT PROGRAM
Minggu Bahasa Melayu membimbing dan mempertingkatkan pengetahuan tentang aspek budaya sesuatu bahasa terutama dari segi kesantunan berbahasa.

5.0  OBJEKTIF PROGRAM
5.1  Mendedahkan keunikan BahasaMelayu dari pelbagai aspek.
5.2  Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya disebalik kewujudan Bahasa Melayu
5.3  Menimbulkan minat dikalangan individu untuk menguasai Bahasa Melayu.
5.4  Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, dan semangat patriotik bertunjangkan Bahasa Melayu.

6.0  CADANGAN TARIKH DAN MASA PROGRAM
Tarikh ; 31 Oktober 2011 hingga 4 November 2011

7.0  TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Bandar TunRazak (1)

8.0  PERASMIAN PEMBUKAAN
Pn Zakinah BT Ismail (Guru Besar SKBTR (1))

9.0  KUMPULAN SASARAN
Semua murid SKBTR (1)

10.0         KEWANGAN
Sila rujuk Lampiran 1
11.0         ORGANISASI
Sila rujuk Lampiran 2

12.0         SENARAI TUGAS
Sila rujuk Lampiran 3

13.0         AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM
Sila rujuk Lampiran 4

14.0         PENUTUP
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah kemukakan. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan pihak tuan.
Sekian, terima kasih.                                                             





Monday, 14 November 2011

Catatan Refleksi di Blog

Tahukah anda bahawa melalui aktiviti blog, ia akan memudahkah catatan refelksi dibuat. Hal ini telah dibuktikan oleh seorang guru muda. Beliau telah mencatat segala dapatan impak dan refleksi P&P di laman blog. Lebih menarik lagi, segala catatan di blog itu telah pun dibukukan. Beliau juga tealh terpilih memenangi anugerah unggul hasil daripada segala catatan P&P di laman blognya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut silalah ke blog : http://apistakkisah.blogspot.com/2011_10_01_archive.html

Thursday, 3 November 2011

Pantun

PENGENALAN
Za’ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, “Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama.” Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.
Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait.
Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat.
Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.
Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:
Sebab pulut santan terasa,
Sebab mulut badan binasa.
Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.
Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.