Perigi Minda Utama: February 2012

Friday, 24 February 2012

Memerhati Hidupan

Memerhati rajah haiwan

Memerhati Haiwan Maujud




Serangga Eksotik- Mentadak Mentadu

Jika dilihat secara kasar, ramai yang mungkin beranggapan haiwan ini ialah belalang. Namun sebenarnya agak berbeza. Mentadakmentaducengkadak atau cengkadu ialah sejenis serangga dalam susunan Mantodea. Kebanyakannya berada dalam famili Mantidae. Sebagaimana serangga lain, mentadak mempunyai tiga segmen badan, dengan kepala, toraks, dan badan (abdomen). Mentadak betina mempunyai serkus yang besar dan kuat. Segmen pertama dari tiga, protoraks, adalah memanjang dan darinya terdapat kaki hadapan yang diubah suai.


Mengikut amalan masyarakat Melayu di kampung, kelakuan mentadak ini dikaitkan dengan posisi atau tabiat tidur seseorang. Ayat yang biasa digunakan ialah:-
" Mentadak mentadu, macam mana si polan tidur?"

Namun telahan ini hanyalah satu bentuk gurauan semata-mata dan bukanlah satu bentuk kepercayaan yang kuat. 
Inilah gambar mentadak yang diceritakan dalam kelas

ABM Bahasa Arab Tahun 3







Wednesday, 8 February 2012

Kata Ganti Nama Diri


MODUL 1 : KATA GANTI NAMA DIRI
1.            Maksud
               Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.

2.            Jenis:
               Terbahagi kepada 3 jenis:
               a.  Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).
               b.  Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
               c.  Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)

3.            Bilangan penutur / pendengar:
               a.  Tunggal (seorang)
               b.  Jamak (lebih daripada seorang)

4.            Golongan pengguna:
               a.  Masyarakat Moden
               b.  Masyarakat Melayu Lama (klasik)
               c.  Masyarakat Istana / Bangsawan

5.            Contoh Kata Ganti Nama Diri
               a.  Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.
Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)
saya (tunggal)
Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
hamba (tunggal)
Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.
patik (tunggal)
Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
beta (tunggal)
Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
kami (tunggal)
Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
kita (tunggal)
Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.

               b.  Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.
Kata Ganti Diri Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal dan jamak))
Digunakan  untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.
awak (tunggal)
Digunakan  untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
engkau (tunggal)
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
Tuan hamba (tunggal)
Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri kedua)
tuanku (tunggal)
Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.
kalian (tunggal)
Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
kamu (tunggal dan jamak))
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.



               c.  Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang yang
     diceritakan halnya tidak hadir)
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.
beliau (tunggal)
Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.
Dia dan ia (tunggal)
Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
mereka (tunggal)
Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

6.            Bentuk kesilapan:
              
SALAH
BETUL
Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul.
Kita tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Muthi kepada Azrul.
Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun.
Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari Jepun.
Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
Patik mohon maaf atas kesalahan patik,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
Kakitangan syarikat ini sedia menolong engkau.
Kakitangan syarikat ini sedia menolong anda.
Saya ingin berjumpa dengan ia.
Saya ingin berjumpa dengannya.
Mereka-mereka sedang bermain bola di padang.
Mereka  sedang bermain bola di padang.

7.            Ringkasan:
              
Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan Banyak /  Jamak
Diri Pertama (penutur)
aku
saya
patik
hamba
kami
kita
Diri Kedua (pendengar)
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
tuan hamba
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
Diri Ketiga (orang yang diceritakan halnya)
Dia
Ia
Beliau
Baginda
mereka