Perigi Minda Utama: December 2011

Wednesday 7 December 2011

Lagu Menyentuh Qalbu





law kana bainana al-habeeb
la dana alqassi wal qareeb
men taibateen qabl al mageeb
taleeban qurbal habeeb

fi qurbeehi anafsu tateeb
wa tad'u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mugeeb

fadatka roohi ya habeeb
mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen




Pautan

Sunday 4 December 2011

Muzik dalam pendidikan

Murid menyanyikan lagu sama ada sebagai set induksi, perkembangan atau penutup. Muzik di dalam pendidikan bebas dan guru boleh menggunakan muzik sekiranya mendapati murid kurang tumpuan semasa P&P. aktiviti ini biasanya dilakukan untuk kelas LINUS.

Nyanyian bukan sahaja sebagai hiburan, nyanyian juga boleh dijadikan sebagai latihan sebuta seperti huruf, nombor dan lain-lain. Setiap nyanyian boleh diselitkan isi-isi pelajaran untuk pengajaran yang berkaitan dengan tajuk.

Saturday 3 December 2011

Seni dalam pendidikan


Seni dalam pendidikan merangkumi seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Murid berpeluang melakukan pelbagai aktiviti semasa menjalani pembelajaran di dalam kelas. Murid akan tertarik dan berminat untuk menjalani pembelajaran dengan mengaplikasikan pelbagai aspek seni. Aktiviti ini akan melibatkan kesemua penerokaan dengan menggunakan pancaindera.
Menurut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai “3R” iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, “R” adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan “R” keempat atau literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan.
Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pada dasarnya, gabungan seni dalam pendidikan akan membantu dalam mengimbangkan penggunaan otak kiri dan otak kanan murid. Seterusnya, murid akan menggunakan kemahiran berfikir untuk menjalani aktiviti. Selain itu, aktiviti seni pergerakan pula akan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menaakul dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional menganai apa yang hendak mereka lakukan. Manakala seni visual pula mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka.  Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.
Kesan aplikasi elemen seni dalam pendidikan ialah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran lama yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar.
Berikutnya, ia juga akan memupuk nilai kerjasama. Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang beransur kerjasama. Aktiviti berkumpulan menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Penidikan merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi social yang terjalin melalui deria sentuh.
Dalam pada itu, ia juga dapat memenuhi keperluan sosial yang asas. Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti –aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi  yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.
Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan bermaksud sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah sesuatu keadaan . Namun begitu, proses ini perlu kepada pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan satu bentuk pembekajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengelohan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

Disamping itu, murid juga akan dapat meluahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi . Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mendapat tahu perasaan muridnya melalui tingkah laku yang dapat diperhatikan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan sebarang aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya
Kesimpulannya kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan peranan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar. 

Peranan guru dalam membimbing

 ADA PAKAR BERPENDAPAT,
Tugas seorang guru yang paling utama adalah mengajar
 dan memberikan dorongan sepenuhnya
kepada anak murid yang dipimpinya.
GURU PERLU
MEPERTINGKATKAN ILMU
PENGETAHUAN.
DENGAN ILMU SAHAJA GURU DAPAT
MEMBIMBING MURID
DENGAN LEBIH BAIK.

BUKN KERANA NAMA (RAMLI SARIP)

Entah mengapa tat kala ku mendengar lagu ini terasa  sayu dihati. Tersentuh hati ini. Bukan kerana lagu tetapi  lirik yang telah ku tafsirkan sendiri untuk mereka yang telah ku habiskan masa bersama tika mereka berkejran. Ingatan ku kepada mereka amat terasa sayu. bagai manakah masa hadapan mereka.. 
Apa yang akan terjdi. Berakhirnya persekolahn tidak beerti tugas ku telah berakhir. masih panjng dan jauh perjalananku. Anak kecil yang baru belum tentu sama yang sekarang. Banyak perlu ku lakukan. Mengubah suai seolah-olah mengadun sebiji kek untuk dijadikan lebih cantk dan menarik. Semoga anak kecil ini akan mempunyai masa depan yang cerah. Amin...

Bukan Kerana Nama 

J
angan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu