Perigi Minda Utama: 2011

Wednesday, 7 December 2011

Lagu Menyentuh Qalbu





law kana bainana al-habeeb
la dana alqassi wal qareeb
men taibateen qabl al mageeb
taleeban qurbal habeeb

fi qurbeehi anafsu tateeb
wa tad'u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mugeeb

fadatka roohi ya habeeb
mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen




Pautan

Sunday, 4 December 2011

Muzik dalam pendidikan

Murid menyanyikan lagu sama ada sebagai set induksi, perkembangan atau penutup. Muzik di dalam pendidikan bebas dan guru boleh menggunakan muzik sekiranya mendapati murid kurang tumpuan semasa P&P. aktiviti ini biasanya dilakukan untuk kelas LINUS.

Nyanyian bukan sahaja sebagai hiburan, nyanyian juga boleh dijadikan sebagai latihan sebuta seperti huruf, nombor dan lain-lain. Setiap nyanyian boleh diselitkan isi-isi pelajaran untuk pengajaran yang berkaitan dengan tajuk.

Saturday, 3 December 2011

Seni dalam pendidikan


Seni dalam pendidikan merangkumi seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Murid berpeluang melakukan pelbagai aktiviti semasa menjalani pembelajaran di dalam kelas. Murid akan tertarik dan berminat untuk menjalani pembelajaran dengan mengaplikasikan pelbagai aspek seni. Aktiviti ini akan melibatkan kesemua penerokaan dengan menggunakan pancaindera.
Menurut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai “3R” iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, “R” adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan “R” keempat atau literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan.
Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pada dasarnya, gabungan seni dalam pendidikan akan membantu dalam mengimbangkan penggunaan otak kiri dan otak kanan murid. Seterusnya, murid akan menggunakan kemahiran berfikir untuk menjalani aktiviti. Selain itu, aktiviti seni pergerakan pula akan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menaakul dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional menganai apa yang hendak mereka lakukan. Manakala seni visual pula mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka.  Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.
Kesan aplikasi elemen seni dalam pendidikan ialah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran lama yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar.
Berikutnya, ia juga akan memupuk nilai kerjasama. Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang beransur kerjasama. Aktiviti berkumpulan menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Penidikan merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi social yang terjalin melalui deria sentuh.
Dalam pada itu, ia juga dapat memenuhi keperluan sosial yang asas. Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti –aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi  yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.
Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan bermaksud sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah sesuatu keadaan . Namun begitu, proses ini perlu kepada pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan satu bentuk pembekajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengelohan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

Disamping itu, murid juga akan dapat meluahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi . Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mendapat tahu perasaan muridnya melalui tingkah laku yang dapat diperhatikan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan sebarang aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya
Kesimpulannya kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan peranan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar. 

Peranan guru dalam membimbing

 ADA PAKAR BERPENDAPAT,
Tugas seorang guru yang paling utama adalah mengajar
 dan memberikan dorongan sepenuhnya
kepada anak murid yang dipimpinya.
GURU PERLU
MEPERTINGKATKAN ILMU
PENGETAHUAN.
DENGAN ILMU SAHAJA GURU DAPAT
MEMBIMBING MURID
DENGAN LEBIH BAIK.

BUKN KERANA NAMA (RAMLI SARIP)

Entah mengapa tat kala ku mendengar lagu ini terasa  sayu dihati. Tersentuh hati ini. Bukan kerana lagu tetapi  lirik yang telah ku tafsirkan sendiri untuk mereka yang telah ku habiskan masa bersama tika mereka berkejran. Ingatan ku kepada mereka amat terasa sayu. bagai manakah masa hadapan mereka.. 
Apa yang akan terjdi. Berakhirnya persekolahn tidak beerti tugas ku telah berakhir. masih panjng dan jauh perjalananku. Anak kecil yang baru belum tentu sama yang sekarang. Banyak perlu ku lakukan. Mengubah suai seolah-olah mengadun sebiji kek untuk dijadikan lebih cantk dan menarik. Semoga anak kecil ini akan mempunyai masa depan yang cerah. Amin...

Bukan Kerana Nama 

J
angan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Saturday, 26 November 2011

Latihan Kata Ganda


Kata ganda
1.  Kata ganda mesti diberi tanda sempang. ( - )
2. Kata ganda adalah kata yang diulang semula.
3. Contoh kata ganda
a) Meja-meja
b) Kerusi-kerusi
c) Rumah-rumah
d) Rama-rama
e) Kanak-kanak
4. Kata ganda separa
Dedaun, lelangit, lelaki, jejantas
5. Kata ganda berirama
 Kuih-muih, lauk-pauk, bengkang-bengkok
6. Kata ganda berimbuhan
Bersungguh-sungguh, tergaru-garu, berhati-hati


Latihan
1.  Setiap petang kami bermain _______ di padang.
2. Kita mestilah memandu kereta dengan ________.
3. Katak itu ________ di tepi kolam.
4. Mereka _________ di bawah pohon manga.
5. Sarang _________ bergantungan di rumah usang itu.
Melompat-lompat    layang-layang   labah-labah    Berhati-hati   berbual-bual

BBM Linus ( Bahasa Melayu )


na
kebaya
gadis
goreng
li
mas
siput
ramai
tu
bol
kolam
serai
se
lit
tumpul
taufan
saga
kun
bangga
kaloi
beri
ger
lorong
cincau
tugu
anak
terung
buat
rohani
filem
tinggi
dail
troli
syarat
bersorak
hias
ghazal
terjaga
mencari
saat
nyonya
barisan
bang
kuih
nganga
memaku
long
ting


Sekolah saya bersih.
Liza pakai jam baharu.
Ibu membeli ikan dan sayur.
Bunga itu cantik dan harum baunya.

Rita ada kucing.
Kucing Rita bernama Si Comel.
Si Comel sukamakan ikan.
Tiap-tiap hari Rita bermain dengan Si Comel

Pendidikan Khas


Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
  • Perkembangan mental
  • Kestabilan emosi
  • Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
Apa Dia kanak-kanak Khas ?
………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
Apa Dia Pendidikan Khas ?
……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atabiasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
  • Sekolah Khas
  • Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
  • Pemulihan Khas
  • Program Disleksia
  • Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
  • Masalah Pembelajaran
  • Masalah Pendengaran
  • Masalah Penglihatan
Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KEJAYAAN ORANG-ORANG ISTIMEWA
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.
Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.
Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!http://ppdlms.edu.my/pk/

Minggu Bahasa SKBTR1



LAPORAN DAN DOKUMENTASI
MINGGU BAHASA MALAYSIA (2011)
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN RAZAK 1
CHERAS, KUALA LUMPUR.
1.0 VISI SEKOLAH
Mewujudkan individu yang terbilang bagi merealisasikan wawasan Pendidikan Negara.
2.0   MISI SEKOLAH
2.1   Melahirkan individu yang cemerlang dan berhemah tinggi melalui permuafakatan dan kerja berpasukan.
2.2   Melahirkan  pelajar-pelajar yang cemerlang dan sempurna serta seimbang agar menjadi warganegara yang berguna.
2.3   Menggembeleng tenaga guru-guru dan kakitangan  sokongan secara optimum untuk mengeluarkan  perkhidmatan  yang  berkualiti supaya  wawasan  Negara tercapai.
2.4   Mewujudkan sekolah yang cantik dan menarik di mana budaya dan iklim persekolahan boleh menjadi inspirasi dan kemegahan masyarakat tempatan.
3.0  MOTO SEKOLAH
Usaha Tangga Jaya
4.0   PIAGAM PELANGGAN
4.1   Memberikan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar-pelajar supaya menjadi insan yang cemerlang dan beriman.
4.2   Memberi layanan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu pelanggan.
4.3   Memastikan setiap arahan Jabatan dan Kementerian Pelajaran dipatuhi dan dilaksanakan dengan cepat dan berkualiti.
4.4   Mewujudkan persekitaran yang ceria, bersih dan kondusif terhadap pengajaran dan pembelajaran.
4.5   Mewujudkan permuafakatan di kalangan pelajar, kakitangan sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

5.0   Jawatankuasa Pelaksana
PENASIHAT                    : PN ZAKINAH BT ISMAIL
                                            (GURU BESAR SKBTR 1)
PENGERUSI                     : PN ROHANA BT CHE HASSAN
                                            (GURU PENOLONG KANAN 1)
SETIAUSAHA                  : PN NOR SALIZA BT ABD MUTALIB
                                           (KETUA PANITIA BAHASA MELAYU)
PEN. SETIAUSAHA        : PN SUHANA BT BAHARI

JAWATANKUASA KERJA

JURUACARA MAJLIS                : PN NOR HAFISAH BT ABD MANAP
PERSEMBAHAN                         :PN KHAIRIAH AFFIDAH BT AHMAD
                                                      SHAARI
BANNER / PERASMIAN            : PN NORINI @ NOR AINI BT MOHD ALI
PA SISTEM                                  : EN HASMUDDIN HASSAN
JURUGAMBAR                           : EN FAIRUZ AZWAD B ABDULLAH
PENGURUS PEMENANG           : PN SHAREFAH SHAFIAH BT SYED
                                                        AMRAN
                                                        PN ZAITON BT MOHAMED
PENGURUS HADIAH                 : PN NUR ASYILA BT CHE MAT
                                                      : CIK HAZIRA BT RAZILAN
BROSUR                                      :PN NORLIZA BT ZAINUDDIN
PENYELARAS AKTIVITI           : PN JAMILAH BT MOHAMAD
DOKUMENTASI                         :PN NOR SALIZA BT ABD MUTALIB
                                                       PN ROSALMIZA BT MUSTAFFA
6.0   Objektif
6.1  Mendedahkan keunikan BahasaMelayu dari pelbagai aspek.
6.2  Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya disebalik kewujudan Bahasa Melayu
6.3  Menimbulkan minat dikalangan individu untuk menguasai Bahasa Melayu.
6.4  Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, dan semangat patriotik bertunjangkan Bahasa Melayu.

7.0   Tujuan

8.0   Matlamat

Minggu Bahasa Melayu membimbing dan mempertingkatkan pengetahuan tentang aspek budaya sesuatu bahasa terutama dari segi kesantunan berbahasa.

9.0   Aktiviti Minggu Bahasa
BIL
PROGRAM
PENGLIBATAN
TEMPAT
GURU
1
MAHIR BERBAHASA
TAHUN 1
DEWAN
SKBTR 1
PN SUHANA
PN NUR SYILA
2
PINTAR BAHASA
TAHUN 2
DEWAN
 SKBTR 1
PN JAMILAH
PN SALLIZA
3
BENGKEL MENULIS SAJAK
TAHUN 3
DEWAN
SKBTR 1
PN NOR SALIZA
4
BENGKEL MENULIS PANTUN
TAHUN 4
DEWAN
SKBTR 1
PN NOR HAFISAH
PN ZAITON

5
PERTANDINGAN MENGARANG ESEI
TAHUN 5



DEWAN
 SKBTR 1
PN MUNIRAH
PN SHAREFAH SHAFIAH
6
KUIZ SIMPULAN BAHASA

TAHUN 6
DEWAN
SKBTR 1
PN NORLIZA
PN KHAIRIAH AFFIDAH
7
LEMBUT LIDAH

KELAS PEMULIHAN DAN LINUS
DEWAN
SKBTR 1
EN HASMUDDIN
PN ROSALMIZA


8
POSTER MINGGU BAHASA

TERBUKA

DEWAN
SKBTR 1
PN NOR INI@ NOR AINI
EN FAIRUZ AZWAD


MAJLIS PERASMIAN MINGGU BAHASA







Majlis dipengerusikan oleh Pn. Norhafisah



Majlis dirasmikan oleh Pn Zakinah Bt Ismail
Guru Besar Sk Bandar Tun Razak 1


Simbolik perasmian Minggu Bahasa Malaysia


BACAAN IKRAR


Bacaan Ikrar guru dan murid diketuai oleh Pn Khairiah Affidah


Bacaan ikrar oleh guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak 1


Bacaan ikrar oleh murid-murid Sk Bandar Tun Razak 1



AKTIVITI MURID TAHUN 1
(MAHIR BERBAHASA)




MAHIR BERBAHASA
Aktiviti ini melibatkan semua murid tahun 1. Guru Bahasa Melayu tahun satu akan menguji semua murid dalam bentuk pertandingan.  Aktiviti yang dijalankan ialah murid dikehendaki mengeja perkataan yang diberi. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan murid yang boleh mengeja  paling tepat.

KEPUTUSAN PEMENANG MINGGU BAHASA
MAHIR BERBAHASA (TAHUN 1)


MAHIR
 BERBAHASA

TEMPAT PERTAMA =   MUHAMMAD ADAM ZAFRAN   (1S)

TEMPAT KE DUA       = NUR RAFIQAH NAJWA  (1 S)

TEMPAT KE TIGA      =  SOFEA HUMAIRA   (1 S)

SAGU HATI                  = MOHD IQRAM    (1 K)
                                           MOHD ALIF NAZIM    (1 K)
                                         NUR ALYA SYAMIMI   (1 B)















AKTIVITI MURID TAHUN 2
(PINTAR BAHASA)






Pintar Bahasa
Aktiviti ini melibatkan semua murid tahun 2 dan dikendalikan oleh semua guru Bahasa Melayu tahun 2 iaitu Pn Salliza Bt Ali dan Pn Jamilah BT Mohamad.  Pertandingan ini menguji murid dalam tatabahasa. Di mana, murid dikehendaki menyelesaikan teka silang kata yang melibatkan salah satu elemen tatabahasa iaitu kata adjektif. Pemenang ditentukan berdasarkan jawapan yang paling tepatdan betul semua.

KEPUTUSAN PEMENANG MINGGU BAHASA
PINTAR BAHASA (TAHUN 2)

PINTAR BAHASA

  1. ALEESYA BT MOHAMAD                                      (2 S)
  2. NURINA TIHANI BT MOHD ZAIDI                       (2 S)
  3. NUR ATIQAH BT MUHAMMAD HARIFUDDIN ( 2 S)
  4. NUR FARISYA HANI BT MOHD REZUAN           (2 S)
  5. MOHD ASYRAF B MOHD SHAH                           (2 K)














BENGKEL MENULIS SAJAK

              
Murid membacakan sajak yang tela                        Murid menulis sajak.

BENGKEL PENULISAN SAJAK DAN PERTANDINGAN MENULIS SAJAK.
Bengkel menulis sajak melibatkan semua murid tahun 3. Murid diberikan teknik menulis sajak. Bengkel menulis sajak dikendalikan oleh Pn Nor Saliza Bt Abd Mutalib.  Seterusnya, selepas aktiviti bengkel, murid akan diberikan masa untuk menulis sajak. Setelah murid selesai menulis sajak, murid diminta untuk membacakan sajak yang telah ditulis. Pemilihan pemenang berdasarkan penulisan sajak yang paling kreatif dan menarik.

KEPUTUSAN PEMENANG MINGGU BAHASA
SAJAK (TAHUN 3)

SAJAK

  1. NADIA BT ABD HALIM        ( 3 S)
  2. BAIHAQI                                   (3 B)
  3. NUR AFRIENA BT MOHD ASSHEK     (3 K)
  4. NUR FAEISYA AZWIN (3 S )
  5. KHAIRUL NAJIHA IMAN BT SHOLAHUDDIN (3 K)
  6. MUHAMMAD AQRASYAHMI  (3 K)




PANTUN
Murid yang terlibat dalam aktiviti ini ialah semua murid tahun 4. Pada awalnya murid diberikan bengkel iaitu cara menulis pantun. Selepas selesai bengkel, murid dikehendaki menulis pantun sebanyak 6 rangkap. Pemenang dipilih berdasarkan pantun yang ditulis.   Bengkel ini dikendalikan oleh Pn Nor Hafisah dan diberikan penerangan teknik menulis pantun oleh Pn Nor Saliza. sementara pemilihan pemenang dikendalikan oleh Pn Nor Hafisah dan Pn Zaiton.

                 
    

KEPUTUSAN PEMENANG MINGGU BAHASA
PANTUN (4)

PANTUN

  1. MUHD NUR ASYRAF SUFFYAN          (4 S)
  2. NURFARA AMIRAH BT MOHD FAISAL      (4 S)
  3. NAZIFAH FIKRIYAH BT JAWWAL MIQDAM  (4 K)
  4. NURUL AIN ELLISA BT ZULFADHLI    (4 K)
  5. MUHDAIMAN B RUDY    (4 K)
  6. MUHD ALIF HAIKAL B KAMARUDIN   (4 K)


                                                                                                                            




AKTIVITI MURID TAHUN 5
(PERTANDINGAN MENGARANG ESEI)

Murid yang terlibat dalam aktiviti ini ialah semua murid tahun 5. Pada awalnya murid diberikan bengkel iaitu cara menulis esei. Selepas selesai bengkel, murid dikehendaki menulis esei. Pemenang dipilih berdasarkan penulisan yang kreatif.  Bengkel ini dikendalikan oleh Pn Sharifah Safiah dan guru BM tahun 5.

 

    

KEPUTUSAN PEMENANG MINGGU BAHASA
ESEI (TAHUN 5)

PERTANDINGAN MENULIS ESEI
  1. MAHANUM BT RAZALI     (5 K)
  2. SITI AISYAH BT ROSLI      (5 S)
  3. SORFINA BT MOHD MOAR    (5B)
  4. NURUL ATIKA BT ABU KASSIM  (5 T)
  5. MUHDAIMAN B JUMAIN  (5 R)
  6. MUHD FIRDAUS B HISHAMUDIN  (5 S)






KUIZ SIMPULAN BAHASA



Kuiz simpulan bahasa disertai oleh semua muridtahun 6 SKBTR 1

KEPUTUSAN PEMENANG MINGGU BAHASA
SIMPULAN BAHASA (TAHUN 6)

KUIZSIMPULAN BAHASA.
  1. MUHAMMAD SYAFIQ     (6 T)
  2. M FADZIL B ROSLAN      (6 T)
  3. NATASYA ERINA BT MOHD NOR  (6 S)
  4. NABILA HUSNA BT NORDIN    (6 K)
  5. BAGUS SUPRIYANTO B SOLIHIN  (6 T)
  6. MUHAMMAD FIRDAUS B KHAIRUL ANUAR  (6 T)








LEMBUT LIDAH
Pertandingan ini melibatkan murid tahun 1,2, dan 3 iaitu murid pemulihan dan LINUS. Pertandingan ini dikendalikan oleh Pn Rosalmiza. Murid diberikan beberapa perkataan atu pun suku kata yang hampir sama bunyi. Murid dipilih sebagai pemenang setelah menyebut dengan betul dan lancar.

        


KEPUTUSAN PEMENANG MINGGU BAHASA
LEMBUT LIDAH (KELAS LINUS DAN PEMULIHAN)


LEMBUTLIDAH
  1. KAMARUL AZRIN B KHAIRUL ADNAN           (3R)
  2. NURUL ANIS BT KHAIRUL ANUAR                  (3R)
  3. MUHAMMAD NUR SUFFYAN                            (2 T)
  4. MUHAMMAD FATUL DANIAL                           ( 2T)
  5. KHAIRUL ANWAR                                                (1T)






KOIR MINGGU BAHASA









MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

UCAPAN PENUTUP OLEH PN ZAKINAH BT ISMAIL.
 GURU BESAR SK BANDAR TUN RAZAK 1


MAJLIS PENYAMPAIAN HADAIH SEMPENA MINGGU BAHASA

                  

PN ZAKINAH MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG.





10.0         Hadiah
MAHIR BERBAHASA
TEMPAT PERTAMA 
TEMPAT KE DUA     
TEMPAT KE TIGA    
SAGU HATI    X 2
PINTAR BAHASA
TEMPAT PERTAMA 
TEMPAT KE DUA     
TEMPAT KE TIGA   
SAGU HATI X 2             
BENGKEL MENULIS DAN MENCIPTA SAJAK
TEMPAT PERTAMA
TEMPAT KE DUA    
TEMPAT KE TIGA   
SAGU HATI  X 2
BENGKEL MENULIS 
DAN MENCIPTA PANTUN

TEMPAT PERTAMA 
TEMPAT KE DUA    
TEMPAT KE TIGA   
SAGU HATI  X 2             
PERTANDINGAN MENGARANG ESEI
TEMPAT PERTAMA
TEMPAT KE DUA   
TEMPAT KE TIGA  
SAGU HATI    X 2         
SAGU HATI         
KUIZ
SIMPULAN BAHASA
TEMPAT PERTAMA
TEMPAT KE DUA   
TEMPAT KE TIGA  
SAGU HATI   X 2
LEMBUT LIDAH
(PROGRAM PEMULIHAN DAN LINUS)
TEMPAT PERTAMA 
TEMPAT KE DUA     
TEMPAT KE TIGA    
SAGU HATI    X 2



11.0          Anggaran Belanja Mengurus
PERKARA
ANGGARAN PERBELANJAAN
BANNER
RM   42.00
HADIAH
RM  190.00
JUMLAH
RM  232.00



12.0          Kumpulan Sasaran
      Semua murid Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak 1
13.0          Sumber Tenaga
Semua gurusekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak (1)
14.0          Penutup
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah kemukakan. Semua perancangan untuk aktiviti Minggu Bahasa dapat dijalankan dengan baik dan lancer.

DISEDIAKAN OLEH


…………………………..
(PN NOR SALIZA BT ABD MUTALIB)